Monday 25 March 2013

sinopsis cinta - Scha & Sky


Lagu : Fadli Fadlow
Penulis Lirik : Fadli Fadlow


Rindu yang dulunya
Kini berubah
Jadi benci

Cinta yang kononnya setia
Hanya kata

Aku suka padamu
Aku sayang padamu
Hanya manis bicara
Tersusun indah sang pecinta

Kasih mana hilang
Tentang jujurnya perhubungan
Kemesraan kau ucapkan
Tidak kau persembahkan


Aku suka padamu
Aku sayang padamu
Hanya manis bicara
Tersusun indah sang pecinta

*[corus]
Lama kita bersama
Dibuai mimpi-mimpi yang indah
Kita tak sehaluan
Didalam dunia yang berbeza



Lama kita bersama
Dibuai mimpi-mimpi yang indah
Kita tak sehaluan
Didalam dunia yang berbeza

Aku cinta padamu
Itu semua dustamu
Sangat sayang padamu
Tapi sukar untuk  percaya


*corus

Untuk percaya
Oooo
Untuk percaya

Tuesday 26 February 2013

Firman - Kehilangan Lirik


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

Monday 28 November 2011

MENGATASI STRESS


Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.


Teknik atasi stress yang sihat, antara lain :-

Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

Pengurutan / Mengurut
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.




"FOKUS" Dan Cara Mengekalkannya : -

Ia bukanlah suatu perkara mudah untuk seseorang mengekalkan fokus mereka terhadap sesuatu yang sedang mereka usahakan. Pasti banyak perkara yang boleh mengalihkan perhatian  dan mengganggu mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan. Untuk mengekalkan fokus perlu adanya latihan, dan ianya tidak mustahil.


Tetapkan tujuan yang khusus
Sesuatu pekerjaan yang jelas tujuannya akan membuatkan seseorang untuk lebih berusaha dan kekal fokus untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sekiranya pekerjaan yang anda lakukan tidak mempunyai tujuan yang jelas, pasti amat mudah untuk anda dipengaruhi oleh gangguan luar yang akan mengalihkan perhatian anda daripada memikirkan perkara yang anda sedang cuba usahakan.


Semasa bekerja cuba jauhkan diri dari segala gangguan
Suasana yang tenang dan sunyi dapat membantu seseorang untuk lebih fokus berbanding suasana yang bising. Gangguan luar adalah masalah utama yang akan mengganggu fokus seseorang. Ianya juga termasuk memadamkan televisyen, handphone, radio atau sebagainya yang mampu untuk mengalihkan perhatian anda. Tetapi sekiranya anda merasakan mampu untuk fokus sambil mendengar radio, anda boleh teruskan.


Masa
Anda perlu tahu bahawa anda tidak akan mampu untuk fokus dalam jangka masa yang panjang. Hadkan masa yang perlu anda peruntukkan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak cuba menyiapkan sesuatu tugasan yang banyak sekali gus sebaliknya cuba siapkannya secara berperingkat.


Berehat sebentar
Ketika anda fokus, otak anda melakukan terlalu banyak aktiviti. Anda perlu merehatkannya untuk sementara waktu. Otak yang letih akan menyukarkan anda untuk terus fokus. Apabila anda sudah berehat sebentar, kembali fokus terhadap tugasan yang seterusnya.


Lakukan perkara yang anda minat
Lakukan perkara yang anda minat secara semulajadi akan membantu untuk anda kekal fokus. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang anda sendiri kurang minat, pasti anda mudah untuk dipengaruhi oleh gangguan luar. Ini kerana otak dan perlakuan anda tidak berkerjasama. Sekiranya ia dapat bekerjasama, fokus akan hadir dengan sendirinya.


sumber : http://www.top5reason.com