Monday 28 November 2011

"FOKUS" Dan Cara Mengekalkannya : -

Ia bukanlah suatu perkara mudah untuk seseorang mengekalkan fokus mereka terhadap sesuatu yang sedang mereka usahakan. Pasti banyak perkara yang boleh mengalihkan perhatian  dan mengganggu mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan. Untuk mengekalkan fokus perlu adanya latihan, dan ianya tidak mustahil.


Tetapkan tujuan yang khusus
Sesuatu pekerjaan yang jelas tujuannya akan membuatkan seseorang untuk lebih berusaha dan kekal fokus untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sekiranya pekerjaan yang anda lakukan tidak mempunyai tujuan yang jelas, pasti amat mudah untuk anda dipengaruhi oleh gangguan luar yang akan mengalihkan perhatian anda daripada memikirkan perkara yang anda sedang cuba usahakan.


Semasa bekerja cuba jauhkan diri dari segala gangguan
Suasana yang tenang dan sunyi dapat membantu seseorang untuk lebih fokus berbanding suasana yang bising. Gangguan luar adalah masalah utama yang akan mengganggu fokus seseorang. Ianya juga termasuk memadamkan televisyen, handphone, radio atau sebagainya yang mampu untuk mengalihkan perhatian anda. Tetapi sekiranya anda merasakan mampu untuk fokus sambil mendengar radio, anda boleh teruskan.


Masa
Anda perlu tahu bahawa anda tidak akan mampu untuk fokus dalam jangka masa yang panjang. Hadkan masa yang perlu anda peruntukkan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak cuba menyiapkan sesuatu tugasan yang banyak sekali gus sebaliknya cuba siapkannya secara berperingkat.


Berehat sebentar
Ketika anda fokus, otak anda melakukan terlalu banyak aktiviti. Anda perlu merehatkannya untuk sementara waktu. Otak yang letih akan menyukarkan anda untuk terus fokus. Apabila anda sudah berehat sebentar, kembali fokus terhadap tugasan yang seterusnya.


Lakukan perkara yang anda minat
Lakukan perkara yang anda minat secara semulajadi akan membantu untuk anda kekal fokus. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang anda sendiri kurang minat, pasti anda mudah untuk dipengaruhi oleh gangguan luar. Ini kerana otak dan perlakuan anda tidak berkerjasama. Sekiranya ia dapat bekerjasama, fokus akan hadir dengan sendirinya.


sumber : http://www.top5reason.com

No comments:

Post a Comment